Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah Selangorku : Kuota Pemaju

Rumah Selangorku

Permohonan Hartanah Terkawal Negeri Selangor Terus Pemaju.

Rumah Selangorku adalah program pemilikan perumahan negeri Selangor yang dirangka khusus untuk membantu masyarakat memiliki rumah mampu milik dengan mudah dan tersasar.

Hasil kerjasama erat Lembaga Perumahan & Hartanah Negeri Selangor dengan pemaju-pemaju yang bertauliah, maka perumahan mampu milik ini dapat ditawarkan dengan harga bersubsidi dan kualiti yang terjamin.

Ini bertujuan mendokong hasrat dasar program ini iaitu

“Satu Keluarga, Satu Kediaman Sempurna”

Kelebihan Memohon Skim Ini

mohon rumah selangorku

Harga Bersubsidi

Rumah berkualiti dengan harga mampu milik.

mohon rumah selangorku

Lokasi Strategik

Projek terletak di kawasan mudah akses dengan kemudahan lengkap.

mohon rumah selangorku

Kualiti Terjamin

Dibangunkan oleh pemaju bertauliah dengan standard pembinaan yang tinggi.

mohon rumah selangorku

Jaminan Kerajaan

Semua projek perumahan adalah dibawah perlindungan HDA.

Senarai Projek Selangorku Terkini

Pakej Istimewa Lengkap Berperabot ​

Terdapat beberapa pemaju menawarkan perabot tersedia di dalam pakej jualan mereka. Antara perabot yang ditawarkan adalah seperti berikut.

senarai rumah selangorku
perabot percuma

Pemaju juga menawarkan skim pemilikan rumah mudah dengan memberi PERCUMA

*tertakluk kepada pakej pemaju tertentu. Sila rujuk senarai projek Rumah Selangorku.

Rumah Selangorku: Syarat Kelayakan

pasangan suami

Suami & isteri warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Status bujang LAYAK.

lokasi selangor

Bekerja atau menetap dan bermastautin melebihi 5 tahun di dalam negeri Selangor. terma & syarat

kelayakan pinjaman

Pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi rm14,500 sebulan.

rumah

Suami & isteri belum atau memiliki sekurang- kurangnya sebuah rumah dalam negeri Selangor.

Rumah Selangorku: Panduan Lengkap Mohon

Ingin tahu cara mohon skim rumah mampu milik ini? Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk memastikan permohonan berjalan lancar.

Semak Kelayakan

Pastikan syarat asas dipenuhi, termasuk semakan kelayakan pinjaman perumahan.
Langkah 1

Daftar Nama & Dokumen

Daftar dengan pemaju & lengkapkan maklumat penting untuk secure projek.
Langkah 2

Isi Borang Permohonan

Borang manual dan secara online di portal LPHS. Biasanya, pihak pemaju akan membantu anda dalam proses ini.
Langkah 3

Lawat Galeri Pemaju

Buat temu janji dan lawat galeri jualan pemaju untuk mendapatkan penerangan projek perumahan yang ditawarkan.
Langkah 4

Mohon Pembiayaan

Buat permohonan pinjaman perumahan melalui institusi kewangan & diuruskan oleh panel bank pemaju.
Langkah 5

Pemilihan Unit Kediaman

Apabila pinjaman anda lulus, anda boleh memilih unit kediaman yang dipersetujui.
Langkah 6

Surat Tawaran LPHS

Anda akan menerima surat tawaran rasmi daripada LPHS bagi projek Rumah Selangorku yang telah dipilih.
Langkah 7

Sign Perjanjian Jual Beli

Seterusnya, anda perlu menandatangani perjanjian jual beli bersama peguam yang dilantik.
Langkah 8

Serah Kunci

SYABAS! Selepas projek siap dibina, anda akan menerima kunci rumah idaman anda.
BERJAYA

Rumah Selangorku: Semak Status Permohonan

Bagi pemohon yang telah siap mendaftar di portal RSKU LPHS, langkah penting seterusnya ialah membuat semakan status permohonan.

Semakan ini memastikan anda mengetahui sama ada permohonan telah diterima, sedang diproses, atau telah diluluskan.

Cara Semak Permohonan

  1. Layari portal rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

  2. Masukkan nombor MyKad serta butiran yang diminta.

  3. Klik pada bahagian “Semak Permohonan” untuk melihat status terkini.

DRAF

Permohonan tidak lengkap. Semak maklumat & dokumen wajib yang perlu dimuat naik.

SENARAI MENUNGGU

Dalam proses Pra Tawar namun tertakluk kepada kriteria dan syarat kelayakan pemohon dan juga kekosongan unit.

TAWARAN BERSYARAT

Pemohon perlu berhubung dengan pemaju untuk lampirkan bersama hardcopy dokumen permohonan rumah selangorku.

AKAUN DIBEKUKAN

Disenarai hitam kerana menolak tawaran dalam sistem. Boleh memohon kembali selepas 1 tahun.
rumah selangorku

Hubungi pemaju projek pilihan anda untuk membantu dalam permohonan dan konsultasi secara PERCUMA.

Soalan Lazim

Ya, bujang berumur 18 tahun ke atas layak memohon.

Jika anda sudah membuat permohonan kurang 2 tahun, anda boleh menyemak di dalam laman web rasmi pendaftaran LPHS. 

Jika lebih 2 tahun, dan masih tiada jawapan, akaun anda dalam LPHS terbatal secara automatik. Sila daftar kembali.

Ya, anda layak mohon.

Ya, layak. Permohonan rumah selangorku terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Ya layak. Hubungi terus pemaju untuk panduan.

Kuota pemaju adalah pemohon yang mendaftar terus dengan pemaju. Permohonan secara online dan fizikal akan dilakukan.

Anda akan terus dapat lokasi rumah selangorku yang dikehendaki, bukan diberikan secara rambang.

Senarai dokumen adalah seperti berikut;

  • Borang permohonan rumah selangorku.
  • Kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Slip gaji pemohon dan pasangan.
  • Surat nikah kahwin.
  • Surat sumpah (bujang/ tidak bekerja/ bekerja sendiri)
  • Penyata KWSP terkini.
  • Sejarah pengeluaran KWSP.
  • Laporan CCRIS pemohon dan pasangan.
 
Lihat senarai dan contoh dokumen lengkap disini

Anda perlu ke laman web rasmi LPHS dan masukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda.

Jika terlupa kata laluan, sila reset kembali kata laluan dan kata laluan baru akan dihantar ke email anda register.