Rumah Selangorku Puchong

Projek Rumah Landed Mampu Milik Bawah RM300,000
Rumah Selangorku Puchong adalah projek perumahan mampu milik yang menawarkan kediaman landed dengan keluasan tanah 22 kaki lebar dan 65 kaki panjang.
Direka untuk memberi keselesaan kepada keluarga, projek ini hadir dengan harga berpatutan hanya RM295,000, menjadikannya salah satu pilihan terbaik untuk memiliki rumah di kawasan Puchong.
Terletak di Pulau Meranti, Puchong, projek ini mempunyai kelebihan lokasi kerana berada bersebelahan dengan Putrajaya dan Cyberjaya.
Ini menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang bekerja di pusat pentadbiran kerajaan, hub teknologi, mahupun sekitar Lembah Klang.
Lokasi Strategik Rumah Selangorku Puchong
Rumah Selangorku Puchong terletak di kawasan yang sangat strategik iaitu Pulau Meranti, Puchong, sebuah lokasi yang semakin pesat membangun di Lembah Klang.
Kedudukannya yang bersebelahan dengan Putrajaya dan Cyberjaya menjadikan projek ini pilihan ideal bagi mereka yang bekerja di pusat pentadbiran kerajaan, syarikat multinasional, mahupun industri teknologi.
Selain itu, projek ini juga dikelilingi oleh pelbagai kemudahan moden termasuk pusat membeli-belah, sekolah, institusi pendidikan tinggi, hospital, serta kawasan komersial yang berkembang pesat.
Dengan semua kelebihan ini, penghuni akan menikmati gaya hidup lebih selesa tanpa perlu berjauhan dari bandar utama.
Pembeli akan menikmati sambungan rangkaian jalan raya yang lancar dengan capaian terus ke beberapa lebuh raya utama:
MEX (Maju Expressway) untuk akses cepat ke Kuala Lumpur dan Putrajaya
LDP (Lebuhraya Damansara Puchong) menghubungkan ke kawasan utama sekitar Puchong & Damansara
SKVE (South Klang Valley Expressway) menghubungkan ke Klang dan kawasan selatan Selangor
ELITE Highway untuk perjalanan mudah ke KLIA dan kawasan industri utama
Dengan kemudahan ini, perjalanan ke pusat bandar, kawasan komersial dan institusi pendidikan menjadi lebih cepat dan efisien.

Selangorku Puchong
Rumah Selangorku Jenis D Daerah Sepang Mukim Dengkil-
Nama Projek: Shorea Garden
-
Pegangan Tanah: Leashold
-
Pemilikan: Rizab Melayu
-
Jumlah Fasa: 1
-
Jumlah 1 fasa: 230 unit
-
Pembangunan: Taman Perumahan
-
Siap Tahun 2027



Pelan Lantai Rumah Selangorku Puchong



Selangorku Shorea Garden
Townhouse 22' x 65'-
Townhouse 1.5 Tingkat (3 Tingkat)
-
Unit Bawah: 1,065sqft
-
Unit Atas: 1,024sqft
-
3 Bilik Tidur 2 Bilik Air
-
Porch Muat 2 Kereta
-
Harga Jualan: RM295,000 - RM299,000



Jangan Tunggu Lagi, Miliki Rumah Landed di Rumah Selangorku Puchong
Impian anda untuk memiliki rumah landed di kawasan Lembah Klang kini bukan lagi sekadar angan-angan. Bagi golongan M40, B40, dan anak muda yang baru membina kerjaya, Skim Rumah Selangorku (RSKU) hadir sebagai peluang terbaik untuk memiliki kediaman mampu milik yang selesa di Puchong.
Inisiatif kerajaan negeri Selangor ini bukan sekadar membantu anda membeli rumah, tetapi juga membina komuniti mampan di kawasan yang pesat membangun. Dengan akses mudah ke MEX, LDP, SKVE dan ELITE, penghuni akan menikmati perjalanan harian yang lancar ke Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya serta kawasan utama lain di Lembah Klang.
Jangan lepaskan peluang ini – semak segera kelayakan anda dan teliti syarat permohonan rumah selangorku hari ini.
Soalan Lazim Projek Rumah Selangorku Puchong
Siapakah pemaju projek ini?
Pemaju: Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (KOOP Sahabat) Berhad
Pemiliki Tanah: Lembaga Perumahan & Hartanah Negeri Selangor
Apa beza unit bawah dan atas?
Dari segi konsep ada kelebihan masing-masing.
Unit atas: Konsep privasi kerana semua bilik berasingan dengan dapur yang berada di tingkat bawah.
Unit bawah: Ruang bilik adalah lebih kecil berbanding unit atas.
Dimanakah lokasi gallery?
Gallery terletak di Sri Damansara.
Apakah senarai fasiliti yang akan disediakan?
✓ Pondok pengawal
✓ Dewan
✓ Surau
✓ Ruang terbuka
✓ Bilik serbaguna
✓ Pejabat pengurusan
✓ Bilik mesyuarat
✓ Taman permainan kanak-kanak
✓ Laman kecergasan
✓ Gelanggang serbaguna
Berapakah bayaran maintenance?
20sen psf. Maknanya unit bawah rm213 dan unit atas rm205
Apakah status projek ini sekarang?
Setakat Ogos 2025 – Piling bermula
Bagaimana ingin memohon projek ini?
Pihak kami akan menyaring kelayakan terlebih dahulu. Sila hubungi kami sekarang.
Penawaran Awam

Selangorku Setia Alam
Apartment | RM2xx000 | 1,XXXsqft | 3Bilik Tidur | 2 Tandas | Lokasi: Setia Alam, Shah Alam

Kita Sejati @ Cybersouth
Apartment | RM273,000 | 850sqft | 3 Bilik Tidur | 2 Tandas | Lokasi: Cybersouth, Dengkil

Kondo Vista Bayu @ Kajang
Kondominium | RM346,000 | 1,387sqft | 3Bilik Tidur | 2 Tandas | Lokasi: Sungai Ramal Kajang

Rumah Teres Kota Warisan
Teres 1 Tingkat | RM450,000 | 22’x70′ | 4Bilik | 2Tandas | Lokasi: Kota Warisan, Salak Tinggi

Selangorku Puncak Alam
Apartment | RM250,000 | 1,022sqft | 3Bilik Tidur | 3Tandas | Lokasi: Puncak Alam

Rumah Teres Intan Baiduri
Teres 1 Tingkat | RM389,000 | 20’x75′ | 4Bilik | 2Tandas | Lokasi: Bandar Baru Salak Tinggi

Selangorku Lagenda Ardea
Teres 1 Tingkat | RM250,000 | 20’x65′ | 3Bilik | 2Tandas | Lokasi: Bernam Jaya, Kuala Kubu Bharu

Rumah Penjawat Awam Myra Dahlia
Kondo | RM299,800 | 900sqft | 3 Bilik Tidur | 2 Tandas | Lokasi: Bandar Baru Salak Tinggi

Rumah Selangorku Cyberjaya
Apartment | RM250,000 | 1,100sqft | 3Bilik Tidur | 2Tandas | Lokasi: Cyberjaya